Thursday, August 24, 2006

TAFSIRAN


a.
Appropriate Authority
Pihak Berkuasa Berkenaan bermaksud mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai jurisdiksi di atas Kerja-kerja Sub-Kontrak

b.
Architect
Arkitek bermaksud Penama yang dinamakan dalam Artikel 3 dan hendaklah seorang Arkitek Profesional atau praktis dalam bentuk lain yang berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 dan diluluskan oleh Lembaga Arkitek Malaysia;

c.
Architect Instruction or AI
Arahan Arkitek atau AI – seperti diterangkan dalam Klausa 5.0

d.
As-built Drawings
Lukisan Siap-bina bermaksud lukisan-lukisan siap- bagi kerja yang direkabentuk (termasuk rekabentuk alternatif) oleh Sub-Kontraktor Dinamakan dan lain-lain lukisan siap-bina yang perlu disediakan sebagaimana dinyatakan dalam Dokumen Sub-Kontrak;

e.
Clause
Klausa bermaksud klausa-klausa dalam Syarat-syarat Sub-Kontrak;

f.
Conditions
Syarat-syarat bermaksud Syarat-syarat Sub-Kontrak dan segala Lampiran kepada Syarat-syarat Sub-Kontrak;

g.
Confirmation of Architect Instruction or CAI
Pengesahan Arahan Arkitek atau CAI – seperti diterangkan dalam Klausa 5.0

h.
Consultants
Konsultan-konsultan bermaksud Jurutera, Jurukur Bahan dan/atau Konsultan Pakar dimana berkenaan;

i.
Contractors
Kontraktor bermaksud pihak yang dinamakan dalam bahagian pertama Artikel Perjanjian dan termasuk waris-waris sah Kontraktor atau wakil-wakil peribadi dan apa-apa Penama yang mana kepadanya hak dan obligasi Kontraktor telah dipindahkan dengan persetujuan Majikan;

j
Contractor’s All Risk Insurance
Insuran Tanggungan Am. bermaksud satu insuran yang menyediakan perlindungan kepada segala risiko yang dinyatakan dalam Kontrak Utama;

k.
Day
Hari bermaksud hari kalendar termasuk hari cuti mingguan tetapi tidak termasuk cuti yang digazetkan dilokasi-lokasi di mana Kerja-kerja Sub-Kontrak dilaksanakan;


l
Employer
Majikan bermaksud pihak yang dinamakan dalam Artikel Perjanjian dalam Kontrak Utama dan Sub-Kontrak dan termasuk waris-waris sah Majikan atau wakil-wakil peribadi dan apa-apa Penama yang mana kepadanya hak dan obligasi Majikan telah dipindahkan;

m
Employer/Sub-Contractor Agreement
Perjanjian Majikan/Sub-Kontraktor bermaksud perjanjian kolateral antara Majikan dan Sub-Kontraktor DiNamakan yang dibuat khusus untuk Sub-Kontrak DiNamakan;

n
Engineer
Jurutera bermaksud Penama yang dinamakan dalam Artikel 4 dan hendaklah seorang Jurutera Profesional Profesional atau praktis dalam bentuk lain yang berdaftar di bawah Akta Jurutera 1967 dan diluluskan oleh Lembaga Jurutera Malaysia;

o
Final Account
Akaun Muktamat bermaksud dokumen-dokumen menunjukkan penyelarasan Nilai Sub-Kontrak yang dikeluarkan di bawah Klausa 26.0;

p
Force Majeure
Force Majeure bermaksud apa-apa keadaan di luar kawalan Sub-Kontraktor yang disebabkan oleh tindakan pengganas, tindakan kerajaan atau (tindakan) pengawalan, wabak dan bencana alam;

q
Letter of Award
Surat Setujuterima bermaksud surat perlantikan daripada Kontraktor kepada Sub-Kontraktor menerimanya sebagai Sub-Kontraktor;

r
Main Contract
Kontrak Utama bermaksud perjanjian antara Majikan dan Kontraktor;

s
Main Contract Conditions
Syarat-syarat Kontrak Utama bermaksud Syarat-syarat Perjanjian Kontrak Utama;

t
Main Contract Works
Kerja-kerja Kontrak Utama bermaksud kerja-kerja yang diterangkan dalam Kontrak Utama;

u
months
bulan bermaksud bulan kalendar;

v
Notice to start work
Notis memulakan kerja bermaksud notis bertulis empat belas (14) hari minima dikeluarkan oleh Kontraktor kepada Sub-Kontraktor menetapkan tarikh mula kerja sepertimana dengan Apendiks ‘A’ dan Klausa 15.1;

w
Performance Bond
Bon Perlaksanaan bermaksud sekuriti yang perlu disediakan oleh Sub-Kontraktor untuk mempastikan perlaksanaan Sub-Kontrak mengikut Klausa 32.0;

x
Person
Penama bermaksud individu, firma perseorangan, firma (perkongsian) atau badan perbadanan;

y
Practical Completion or Practically Completed
Siapkerja Praktikal atau Siap Secara Praktikal bermaksud peringkat siapkerja sebagaimana diterangkan dalam Klausa 17.0;

z
Provisional Final Account
Akaun Muktamat Provisional bermaksud dokumen-dokumen menunjukkan penyelerasan interim kepada Nilai Kontrak yang dikeluarkan sebelum Akaun Muktamat dibawah Klausa 26.0;

aa
Quantity Surveyor
Jurukur Bahan bermaksud Penama yang dinamakan dalam Artikel 5 dan hendaklah seorang Jurukur Bahan Berdaftar atau praktis dalam bentuk lain yang berdaftar di bawah Akta Jurukur Bahan 1967 dan diluluskan oleh Lembaga Arkitek Malaysia;

ab
Relevant Event
Acara Relevan bermaksud sebarang daripada acara-acara yang ditentukan dalam Klausa 21.3;

ac
Service Provider
Pembekal Perkhidmatan bermaksud apa-apa syarikat atau badan yang diberikuasa untuk membekalkan air, elektrik, telefon, pembetungan dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan;

ad
Site
Tapakbina bermaksud tanah dan tempat-tempat lain yang disediakan oleh Majikan yang mana di atas, di dalam, di bawah atau melaluinya Kerja Kontrak Utama akan dilaksanakan atau dibuat atau tanah dan tempat-tempat yang diperolehi oleh Kontraktor dan diterima oleh Majikan sebagai membentuk sebahagian daripada tapakbina bagi maksud Kontrak Utama;

ae
Site Agent
Wakil Tapak bermaksud Penama yang dilantik di bawah Klausa 10.0;

af
Site Staff
Kakitangan Tapak bermaksud Penama yang dilantik di bawah Klausa 10.0 Syarat-syarat kontrak Utama;

ag
Specialist Consultant
Konsultan Pakar bermaksud Penama yang dinamakan dalam Artikel 6 dan Penama tersebut mestilah seorang Konsultan Pakar yang dilantik oleh Majikan untuk skop kerja profesional yang ditetapkan;

ah
Sub-Contract or Sub-Contract Document
Sub-Kontrak atau Dokumen Sub-Kontrak bermaksud segala dokumen-dokumen yang diterangkan dalam Klausa 6.1;

ai
Sub-Contract Bills
Senarai Sub-Kontrak mengandungi dokumen-dokumen berikut (yang mana terpakai)
(i) Arahan kepada Penender
(ii) Syarat-syarat Tender
(iii) Borang Tender
(iv) Preliminari dan Syarat-syarat Am
(v) Preamble
(vi) Spesifikasi
(vii) Senarai Kuantiti
(viii) Apa-apa dokumen yang dinyatakan secara khusus dalam mana-mana dokumen di atas;

aj
Sub-Contract Completion Date
Tarikh Siapkerja Sub-Kontrak bermaksud Tarikh untuk Penyiapan Sub-Kontrak atau jika ada sebarang lanjutan masa yang telah dibenarkan di bawah Klausa 21.0, tarikh lanjutan masa yang mutakhir;

ak
Sub-Contract Conditions
Syarat-syarat Sub-Kontrak bermaksud Syarat-syarat untuk Sub-Kontrak;

al
Sub-Contract Date for Completion
Tarikh Siapkerja Sub-Kontrak bermaksud tarikh yang dinyatakan dalam Apendiks A atau, jika tarikh tersebut tidak dinyatakan, tarikh yang ditetapkan dalam suatu Notis memulakan kerja yang dikeluarkan sehubungan dengan Klausa 15.1;

am
Sub-Contract Date for Commencement
Tarikh Mulakerja Sub-Kontrak bermaksud tarikh yang dinyatakan dalam Apendiks A atau, jika tarikh tersebut tidak dinyatakan, maka tarikh tersebut adalah empatbelas (14) hari dari tarikh Surat Setujuterima;

an
Sub-Contract Sum
Jumlah Sub-Kontrak bermaksud jumlah yang dinyatakan dalam Artikel 2;

ao
Sub-Contract Works
Kerja-kerja Sub-Kontrak bermaksud kerja-kerja yang diterangkan dalam Artikel Perjanjian dan dirujuk dalam Dokumen-dokumen Sub-Kontrak dan termasuk segala perubahan yang dibuat kepada kerja-kerja tersebut mengikut Sub-Kontrak ini.

ap
Sub Contractor
Sub-Kontraktor bermaksud pehak yang dinamakan dalam bahagian pertama Artikel Perjanjian dan termasuk pewaris sah, wakil peribadi dan sebarang Penama bagi pihak Sub-Kontraktor yang mana kepadanya hak dan obligasi Sub-Kontraktor telah dipindahkan dengan persetujuan Kontraktor;

aq
Variation
Perubahan bermaksud sebagaimana tafsiran yang diditerangkan dalam Klausa 12.0; dan

ar
Week
Minggu bermaksud satu tempoh mengandungi tujuh (7) hari berturut-turut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Mesothelioma
Mesothelioma