Friday, August 25, 2006

Artikel Tambahan kepada Klausa 2:

KUASA DAN LIABILITI ARKITEK,

Objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan skop kuasa dan liabiliti Arkitek dalam memberikan arahan.

Terminologi Kuasa dan Arahan

Satu ciri yang menarik dalam Borang Kontrak PAM 2005 adalah usaha untuk mentakrifkan kuasa Arkitek secara lebih jelas. Ini bagaimanapun tidak begitu berjaya kerana struktur peruntukan-peruntukan dan Syarat-syarat Kontrak masih terikat dengan jargon undang-undang yang adakalanya mengelirukan. Dalam konteks kuasa yang diberikan kepada Arkitek di bawah Kontrak kita akan melihat penggunaan terminologi yang berlainan tetapi masih membawa pengertian kuasa seperti berikut;

1. mengarah direct
2. meminta request
3. jika perlu bagi as may be necessary to
4. ingin wishes
5. memerlukan/diperlukan require / required
6. jika pada pendapat if in the opinion
7. pada / sehingga puashati to the satisfaction of
8. mengarah instruct
9. menamakan nominate (dalam hal NSC)
10. dipersetujui sanctioned
11. lulus / kelulusan approve / approval
12. terima / penerimaan accept / acceptance
13. dibetulkan oleh Arkitek corrected by Architect


Kenapa satu terminologi tetapi tidak terminologi yang lain digunakan untuk satu-satu Syarat Kontrak adalah agak mengelirukan. Mungkin dalam menggubal Kontrak ini penggubal bermaksud untuk memberikan tekanan yang lebih pada sesuatu terminologi (misalnya ‘mengarah’ adalah obligasi keatas Arkitek, ‘meminta’ adalah pilihan Arkitek yang menjadi obligasi, ‘ingin’ bergantung kepada pilihan Arkitek tetapi tidak menjadi obligasi dan sebagainya) tetapi semua terminologi itu masih merupakan ‘kuasa’ yang diberi-hak dan boleh diambil tindakan oleh Arkitek.

Arahan Bertulis

Apapun terminologi yang dipilih dalam memberikan Arahan, Borang PAM 2005 adalah jelas tentang perlunya Arkitek memberikan arahan bertulis yang menyatakan peruntukan berkenaan. Ayat yang biasa digunakan dalam Arahan boleh atau hendaklah sekurang-kurangnya menyatakan nombor siri arahan, peruntukan Kontrak dan Kerja yang jelas. Ia akan berbunyi sepeti berikut;

ARAHAN ARKITEK NO 001.
Tertakluk kepada peruntukan Klausa 27.2 Penamaan Sub Kontraktor, dalam Syarat-syarat Kontrak, tuan adalah dengan ini diarah untuk melantik Syarikat XYZ sebagai Sub-Kontraktor DiNamakan bagi Kerja-kerja berikut;

Kerja 001.1 Membuka semula dinding bata pada grid 18/3 hingga 18/5, memindahkan sisa binaan dan membina semula dengan dinding sesekat ‘gypsum’ sebagaimana pelan no APC9567/wd/15.

Tempoh: Kerja mesti disiapkan/dimulakan dalam masa 7 hari daripada tarikh arahan ini dan disiapkan tidak lewat dari 31hb Disember 2005..



Perlaksanaan Syarat yang sukar

Syarat yang sukar saya maksudkan kepada syarat-syarat yang berkaitan antara satu lain atau bergantung antara satu sama lain untuk memberi apa-apa efek kepada tindakan.

Dalam beberapa Klausa pula, pendapat (opinion) Arkitek menjadi syarat permulaan (condition precedent) kepada beberapa tindakan Kontraktor. Contohnya dalam Klausa 27.2(v) ‘Pendapat’ Arkitek sudah menjadi sama atau lebih berkuasa daripada arahan. Hal ini akan diperjelaskan secara mendalam dalam analisis Klausa yang berkenaan.

Penggunaan termonologi yang samar.

Terminologi yang samar di maksudkan kepada terminologi yang tidak dijelaskan maksudnya, di mana Arkitek terpaksa mencari suasana yang sama untuk menjelaskan terminologi tersebut.

a. ‘dengan segera’ (forthwith)

b. dalam masa yang mencukupi (in sufficient time)


c. dalam satu masa yang mencukupi sebelum memulakan pembinaan pada bahagian yang berkenaan (in sufficient time before the commencement of construction of the affected works)


d. dalam tempoh yang tidak akan mengakibatkan kelewatan material kepada kemajuan Kerja ( within a period which would not materially delay the progress)

e. sertamerta (immediately)
Klausa 3.3

Kontrak dalam membincangkan tindakan Kontraktor atau Arkitek menggunakan terminologi yang dinyatakan di atas tanpa menyebut tempoh masa yang jelas dalam unit hari atau minggu.

Kegagalan atau kealpaan menetapkan satu tempoh yang khusus bagi terminologi yang membawa maksud ‘dengan segera’ seperti di atas ini mungkin akan mengakibatkan masalah dari segi pengurusan kontrak. Pihak yang terlibat dalam pertikaian mungkin meletakkan tempoh yang berbeza mengikut selera dan kesesuaian masing-masing.

Saya mencadangkan supaya dalam perlaksanaan Kontrak, Arkitek menetapkan tempoh ini diperingkat awal Kerja supaya semua pihak, Arkitek, Kontraktor dan Majikan mempunyai tempoh tindakan yang seragam. Soalnya apakah tempoh yang sesuai dan adil kepada semua pihak?

Satu-satunya tempoh yang disebut berkaitan dengan tempoh ‘dengan segera’ ini terletak pada Klausa 2.3. Dalam klausa ini Kontraktor diberi tempoh minima 7 hari untuk melaksanakan Arahan Arkitek. Jika dilihat berdasarkan kepada Klausa ini maka sewajarnyalah tempoh yang sama diberikan kepada pihak yang lain juga. Tempoh ini juga dirasakan sesuai dengan terminologi ‘dalam masa yang mencukupi’.

Untuk terminologi ‘dalam satu masa yang mencukupi sebelum memulakan pembinaan pada bahagian yang berkenaan’ tempoh 7 hari mungkin tidak memadai. Arkitek perlu mengambilkira bahawa sebelum sesuatu bahagian kerja dapat dimulakan, persediaan dari segi bahan, guna-tenaga dan peralatan perlu disediakan lebih awal. Tempoh persediaan atau atau pra-kerja ini mungkin menjadi elemen kritikal dalam kes dimana kerja yang diarahkan merupakan skop kerja yang baru atau merupakan kerja tambahan kepada kerja yang telah siap dimana pekerja, peralatan dan jentera telah dikeluarkan dari tapak-bina.

Terminologi dalam masa yang tidak akan mengakibatkan kelewatan material kepada kemajuan Kerja pada pendapat saya merujuk kepada


Kuasa Arkitek Untuk Mengeluarkan Arahan

Kuasa Arkitek untuk mengeluarkan arahan kepada Kontraktor terbahagi kepada;

1. Kuasa yang disebut dalam Syarat-syarat Kontrak,
2. Kuasa yang diberikan dengan persetujuan kedua-dua pihak Majikan dan Kontraktor
3. Kuasa untuk membuat keputusan bila berlaku kegagalan mana-mana pihak dalam Kontrak
4. Kuasa statutori


Hak Kontraktor dalam hal Arahan Arkitek

Saya ingin mengulangi peringatan bahawa Arkitek tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan arahan untuk mengutamakan kepentingan Majikan atau melindungi diri mereka sendiri (bersama-sama perunding yang lain) jika ada kesilapan yang dikesan oleh Kontraktor. Sebarang tindakan sedemikian merupakan ‘bias’ yang boleh dimanfaatkan oleh Kontraktor bukan sahaja untuk menuntut kos tambahan malah menjadi asas yang kukuh bagi Kontraktor menentukan Kontrak.

Menuntut tambahan kos

Menentukan Kontrak
Klausa 26.1(ii) adalah jelas dalam hal hak Kontraktor menentukan Kontrak jika Majikan secara tidak wajar atau secara penipuan menggangu atau mempengaruhi pengeluaran apa-apa sijil oleh Arkitek atau jika ada subahat penipuan antara Majikan dan Arkitek;
Klausa 26.1(iii) pula membenarkan penamatan kerana kegagalan Arkitek memberikan arahan untuk membolehkan penerusan Kerja yang digantung;

Melihat hal ini, Arkitek mestilah sentiasa peka kepada perjalanan Kontrak dan bertindak dengan segera mengeluarkan arahan jika diperlukan dalam apa juga keadaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Mesothelioma
Mesothelioma